BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Hasibu anfusakum qobla an tuhasabu"

Friday, November 4, 2011

Kau Tak Tahu Apa Yang Kauminta

Suatu hari, Isa as sedang berjalan di tengah gurun. Beberapa orang pencinta dunia mengikutinya. Mereka meminta Isa, "Katakanlah pada kami mantra apa yang kau pakai untuk menghidupkan orang mati."
Isa menjawab, "Jika kukatakan, kalian akan menyalahgunakan bacaan itu." Mereka bersumpah bahwa bacaan itu akan mereka gunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat. Mereka tetap meminta Isa untuk memberitahukan bacaan itu.
"Kau tak tahu apa yang kauminta," ujar Isa. Tetapi mereka tak mendengarkannya.
Akhirnya Isa memberitahukan bacaan rahasia itu. Tak lama sesudah itu, kelompok orang tersebut menemukan tumpukan tulang belulang di tengah padang pasir. "Mari kita coba, mantra ini berhasil atau tidak," ucap mereka. Bacaan itu pun digumamkan. Keajaiban segera terjadi. Tumpukan tulang itu diliputi kembali oleh darah dan daging, berubah menjadi binatang buas, dan mengoyak-koyakan tubuh orang-orang yang menghidupkannya.

Saturday, October 8, 2011

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara
 dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Monday, August 29, 2011

salam merdeka- raya 1432H/2011M


Saturday, May 21, 2011

HiDaYaH i2 MiLiK ALLAH...

assalamualaikum w.b.t.

ari ini aku tertarik untuk share ngan korang semua dengan satu kisah yg memperlihatkan bagaimana ALLAH menurunkan hidayah kepada hamba2 yg dipilihnya..hanya melaluiNya lah hidayah ini akan sampai kepada kita dan ingatlah hidayah sesekali tidak akan mampu diperoleh seseorang dengan hanya melalui buku bacaan,kitab2 lama,,mahupun dari para alim ulamak...

kisahnya bermula begini... pada zaman dahulu,,terdapat seorang khalifah islam yang memimpin akan sebuah negara..(aku x beberapa nk ingat akan nama khalifah tersebut).Lalu pada suatu hari khalifah tersebut telah mengadakan satu majlis keramaian di istananya dan telah menjemput beberapa orang bangsawan dan orang2 kaya di dalam negeri yang diperintahnya ke majlis tersebut. Pada masa majlis tersebut diadakan....tiba2 datanglah seorang lelaki yang agak miskin dan kelaparan muncul di hadapan istana tersebut lalu meminta kepada khalifah agar dapat memberikan sedikit wang zakat milik negara kepadanya agar membantunya meneruskan hidup dan membeli makanan..khalifah tersebut yg mendengar akan permintaan lelaki miskin itu lantas menyuruhnya menunggu sampai ke petang sehinggalah majlis yang diadakannya itu selesai kerana baginda amat sibuk melayani tetamu2nya yang dihadiri oleh golongan bangsawan dan orang2 kaya tadi...lalu ...tunggu punya tunggu ...sampailah masanya majlis tersebut berakhir..dan ramai hadirin telah berangkat pulang...dan lelaki yang miskin itu dengan bebesar hatilah agar permintaan dan janji yang telah dibuat oleh khalifah tadi dapat ditunaikan..sebaik sahaja laki tersebut kmbali dgn khalifah untuk mendapatkan haknya iaitu wang zakat yang sememangnya diperuntukkan oleh sesebuah negara kepada orang2 miskin...maka khalifah tersebut dengan angkuhnya telah menghalau lelaki tersebut dari istananya dan mengherdiknya kerana menggngu akan majlis yang diadakannya..maka keluarlah laki tersebut dari istana dengan perasaan yang dukacita dan kecewa...kerana setelah menngu lama di istana tiada satu sen pon yang diperolehnya..


maka semasa lelaki itu berjalan setelah keluar dari istana khalifah tersebut..lalu dia telah bertemu dengan seorang yahudi yang telah pon berusia dan berumur..lantas lelaki yahudi itu telah menyapanya dengan bertanya apakah permasalahan dia yang sebenarnya sehingga kelihatan begitu sugul dan lemah ...lalu lelaki tersebut telah bercerita perihal yang sebenar kepada lelaki yahudi itu dgn mnytakn bahawa dia sedang kelaparan kerana sudah tidak makan sejak dua hari yang lalu...setelah mendengar akan cerita dari lelaki yang miskin itu.. maka si lelaki yahudi tersebut berkata kepada lelaki miskin tersebut supaya ambilllah separuh dari hartanya dan belilah makanan..kerana dia pon sudah terlalu tua untuk hidup dengan harta yang dimilikinnya dan sampai masa dia pon akan meninggal dunia...


lalu untuk dijadikan cerita,,,pada malam harinya khalifah yg angkuh tersebut telah pun bermimpi di mana di dalam mimpinya telah menyaksikan bahawa lelaki yahudi tersebut telah dimasukkan kedalam syurga manakala dirinya telah dimasukkan ke dalam neraka...sehinggalah pada malam yang ketiga baginda telah bermimpi untuk mimpi yang serupa tiga kali berturut2...lalu pada keesokkan harinya, khalifah itu tidak berpuas hati dan disuruh agar lelaki yahudi tua itu di cari dan dibawa keistana untuk disoal siasat...maka apabila tiba nya yahudi itu ke dalam istana ....baginda telah pon menceritakn prhal mimpinya kepada lelaki yahudi tua itu dan si lelaki yahudi tua itu telah memberitahu bahawa dia pon ade bermimpi mengenai khalfah di dlaam tidurnya lantas lelaki yahudi tua itu bertanya apakah yang sebenarnya yang telah dimimpikan oleh khalifah...lalu khalifah pon menyatakan bahawa baginda telah bermimpi bahawa lelaki tua itu tlah dmasukkkan kedalam syurga manakala dirinya telah dihumban ke dlam neraka....lantaran mendengar ape yang telah dimimpikan oleh baginda khalifah tersebut maka terungkaplah dari mulut lelaki yahudi dengan kalimah " AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"...lalu khalifah yang masih kehairanna dengan sikap lelaki yahudi tersebut telah bertanya apakah rahsia yang telah diamalkan oleh lelaki yahudi tersebut sehingga membawa kepada mimpi yang menyaksikan diri lelaki yahudi tersebut telah dijanjikan dalam mimpinya yang dia akan dimasukkan ke dalam syurga walahal dirinya adalah seorang yahudi dan tidak ade membawa kebaikan manakala yang si khalifah ini telah dijanjikan di dalam mimpinya bahawa dirinya akan dihumban ke dlam neraka padahal dier seorang khalifah dan islam....



lalu mendengar persoalan dari khalifah tersebut ....si yahudi tua itu lantas tersenyum lalu mengatakan memang benar dirinya pada sebelum ini adalah bukan dari golongan islam tetapi tidak semestinya dia tidak boleh melakukan kebaikan..lalu lelak yahudi itu telah menceritakan perihal lelaki miskin tadi yang telah datang ke istana khalifah tersebut dan meminta agar khalifah tersebut memberi sedikit wang zakat kepadanya dalam meneruskan kehidupannya lebih2 lagi dia dalam kelaparan...tetapi telah dihalau oleh khalifah...dan menceritakan dirinya telah berjumpa dengan lelaki miskin tersebut di pertengahan jalan lantas menyedekahkan separuh dari hartanya untuk lelaki itu untuk meneruskan kehidupannya dan hilanglkan kelaparannya....jadi di situ membuat kan dirinya telah melakukan sedikit kebaikan jika nak dbandingkan dengan khalifah yang sememangya bertanggungjawab penuh ke atas rakyatnya yang miskin dengan memberikan wang zakat kepadanya tetapi baginda telah bertindak sebaliknya malah telah bersikap angkuh dengan mengherdiknya lelaki miskin tersebut.....begitulah ceritanya.....................................



di sini saya ingin mengulaskan sedikit sebanyak mngnai crita diaatas lebih2 lagi berkaitan keislaman lelaki yahudi tersebut...dalam cerita tersebut sememangya x disangkakn bhwa seorang yahudi boleh memasuki syurga ALLAH walhal dier adalah seorang yahudi dan termaklumlah belum lagi menerima hidayah ALLAH dan memasuki agama islam...tetapi ape yang menariknya berkaitan cerita yang cube saya sampaikan adalah mesejnye di mana cara yahudi itu menerima hidayah dari ALLAH setelah mendegar perihal mimpi dari khalifah tadi yang menyatakan bahawa diriya akan memasuki Syurga ALLAH...manakala khalifah tersebut akan dihumban ke dalm neraka ALLAH....tiada sapa sangka yang si yahudi tua ini boleh dapat hidayah dari ALLAH dngan cara yang sedemikian ....tapi bagi ALLAH ini adalah caranya kerana tiada siapa yang berhak menghalanginya dari menurunkan hidayahnya kepada hamba2 yang telah dipilihnya ...maka beruntunglah bagi sesiapa yang telah termasuk di kalangan orang2 yg terpilih kn????...maka benarlah sebuah hadith qudsi yang telah diturunkan kepada nabi kita nabi muhammad s.a.w yang berbunyi "ya muhammad ...jika aku ingin mengislamkan kesemua penduduk di langit dan di bumi ...maka akan ku islam kan ...dan jika ingin kafirkan kesemuanya akan kafirkan kesemuanya" dan ingatlah bahawa kite hidup di dunia ini hanyalah atas ihsan dan rahmat dari ALLAH taala..dan tiada siapa yang berupaya dapat hidup di atas bumi melainkan ihsan darinya..malah tidak diterima ibadat seharian yang kita buat sebagai syarat untuk memasuki syurga ALLAH melainkan atas rahmatnya......




















~wallahuaa'lam wailmuhuattam~

Thursday, May 19, 2011

Erti SyUkUr

Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisimu
Seringkali terlupa nikmatmu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namamu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatmu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya di sisimu
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia
Ku bersyukur ya tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya allah maha mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padamu
Sebagai tanda ku nilai
Rahmatmu tuhan

Aku bersyukur ya allah
Segala pemberianmu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
Kepadamu yang esa





















YE! ala la la sukenyeeeee.....

Wednesday, May 4, 2011

MADAHAN SUFI..

yang mesti ade pada seorang mukmin ialaH


1) Negeri yang luas


(hati yang bersih dan selalu ingatkan ALLAH)


2) Pelita menerangi


(Ilmu yang cemerlang)


3) Kenderaan yang lekas


(banyak amalan ibadah dengan ikhlas)



4) Pakaian yang indah


(Akhlak yng luhur dan beradab)







Perihal hijab..................................



hijab demi hijab yang menghijab dengan beribu-ribu hijab


kesucian adalah membuka segala hijab


cahaya kesucian menyingkap kegelapan hijab


sucikanlah dirimu dari dosa2..maka bersegeralah engkau melakukan taubat


sucikanlah dirimu dari hadas.. maka bersegeralah engkau bersuci dan berwuduk


sucikanlah hatimu dari sifat2 mazmumah..maka isilah engkau dengan sifat2 mahmudah


sucikanlah dirimu dengan zikrullah..maka banyaklah engkau mengigati ALLAH..




inilah jalan pembuka hijab.....


barang yang suci harus diletakkan di tempat yang suci....

~wassalam~

Sunday, April 17, 2011

mecca redevelopment





assalamualaikum... bertemu kita lagi ya pada sidang kali ini.. kali ini x de ape yg nk diperkatakan..cume di ruang masa dan tempat yang ada ni aku dengan suka hati nya ingin berkongsi lah ape yang aku dah dapat dari lecturer semasa kuliah subjek principles of urban and regional planning... dalam kuliah ni ade satu week tu kami telah diajari bagaimana kah dan apakah yg sebenarnya dimaksudkan dgn urban renewal process itu... so.. secara ringkasnya dapat diterangkan di sini bahawa urban renewal ini adlh satu proses dimana sesuatu bandar dan bangunan itu menjalani proses perubahan dan pembaikan ke atasnya... ini dilakukan sama ada proses pembaharuan kea atas sesuatu bandar dan bangunan ataupun membaikpulih ke atas bangunan yang dah tersedia ada...sebagai contoh di sini, setahun lepas kerajaan persekutuan telah mengumumkan penutupan sementara bagi menjalankan kerja membaik pulh bangunan puduraya di mana kita lihat bangunan puduraya itu sendri sudah tidak molek di pandang mata dan mencacatkan pemandangan bandaraya kuala lumpur .oleh sebab itu atas inisiatif kerajaan telah memperuntukkan beberapa bajet untuk mengupgradekan lagi fungsi dan view bangunan puduraya tersebut...akhirnya .semalam projek tersebut telah dijayakan dgn sempurna dan puduraya telah dibuka semula untuk orang ramai..dan video di atas adalah salah satu contoh projek urban renewal yang dijalankan atau dibngunkan di luar negara iaitu di mekah..projek ini dijalankan bagi menyesuaikan keadaan di mekah itu yang menjadi tempat untuk umt islam mengerjakan ibadat haji.. dan bilangan jemaah yang mengerjakan ibadah haji ini makin bertambah dari setahun ke setahun.. oleh itu satu projek pembangunan semula mekah telah dirancang dan telah dipengerusikan sendiri oleh salah seorang lecturer dari kuliyyah of architerture and environmental design UIAM iaitu prof. dr.asmawi ....jadi diharapkan dgn penayangan video ini dapat menaikkan semangat kita sebagai seorang mahasiswa islam untuk memberi sedikit sebanyak idea atau sumbangan ape yang telah kite pelajari semasa di universiti dalam membantu perkembangan dan pembangunan umat islam itu sendiri...wasssalam,

Friday, April 15, 2011

puisi versus misi.....


Assalamualaikum...




1) kurangnya ibadat ku padamu ilahi....banyaknya dosaku padamu ya rabbi...masih adakah waktu untuk ku insafi????????





2) umurku sudah meningkat tinggi...rumahku sudah la x sampai hati nak kate pergi.... kuburku dengan mesra berkata mari... jika kuatnya cintaku padamu ilaahi. ...tapi jikalau bnyknya yg kumungkiri ..sesungguhnyA azab kubur itu pasti...(ampunkanlah dosa2 ku wahai ilahi)





3)umurku sudah meningkAt tinggi...kuharapkan akal ku jua meninggi sekali...agar ku berjaya duniawi dan ukhrawi..pasti ibu bapaku tidak akan kesali....menengok ku menjadi seorang PTD..hihi..




4)umurku sudah meningkat tinggi...agar dapat ku tunjukkan kematangan diri...agar dapat ku jadi seorang pemimpin yang disegani... dalam famili dan diri sendiri...




5) umurku sudah meningkat tinggi....sekarang tibalah masenye untuk ku menjadi bukti pada ibu pertiwi...bahawa aku sudah boleh mengundi....kita tunggulah sampai waktunya nanti...pasti akan ade yg berada di peringkat tinggi tidak kurang juga yang kalah undi...





6)umurku sudah meningkat tinggi... lagi tiga tahun abih la pengajian ku di peringkat degree...itu pon kalau x de yang menyakitkan hati....boleh lah aku terima segulung ijazah di CAC..







7) nabi ade pesan utlubulilmu minal mahdi ilal lahdi...dengan ilmulah islam di tempat yang tertinggi...jikalau masih ade kesempatan lagi....inginku dapatkan pula higher degree...







8)ade lagi pesanan nabi...jika mahu umurmu dirahmati dan diberkati...ikutlah sunnah ku kahwin mengahwini...agar ade yang dapat diwarisi dan mewarisi....tapi bagiku bukan hanya setakat ini...perlulah disertakan dengan slip gaji...barulah molek nk pilih calon isteri...x kan nk bagi isteri makan gergaji...







hahahaha..sudahlah malas aku nak fikiri...bab itu serahlah pada ILAHI...x yah aku, engkau dan keluarga engkau nak rungsingi...pasti ALLAH x mungkiri janji...







apa yang penting di sini...ingatlah masa sudah tidak ada lagi...persiapkan diri ini dengan ilmu duniawi dan ukhrawi...islam kan lah nafsu nafsi ...carilah rahmat dan berkat ilahi...agar x kecewa di sana nanti..





wassalamualaikum.....

Friday, February 25, 2011

Revolusi Dunia: Rasulullah Ikon Muslim Profesional | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Revolusi Dunia: Rasulullah Ikon Muslim Profesional | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, January 27, 2011

Kita hamba berdosa...

Kala senja itu tiba...Kutermenung sendirian...Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan...Dosa yang aku lakukan...Menerjah ruang fikiran...Masihkah ada untukku keampunan...Gelap rasa dunia ini...Tanpa cahaya Ilahi...Baru kini kusedari...Jalan yang aku lalui...Memusnah pedoman hidup...Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan...


Dalam kegelapan itu...Terbit cahaya dari-Mu...Memandu hamba-Mu menuju iman...Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran...Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu..Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu...Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri...Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih...Bantulah hamba-Mu ini...Yang kian terumbang-ambing...Di dalam arus duniawi...Kuberdoa kepada-Mu...Memohon limpah rahmat-Mu...Mentari hidupku kan bersinar kembali






























marilah kita sama2 mencari jalan penyelesaian akan keberdosaannya diri kita ini..dan ingatlah pada sebuah hadis qudsi yg berbunyi “Barangsiapa yang mendekati Allah sesiku, Dia akan mendekatinya sehasta. Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan, Allah akan menyambutnya sambil berlari.”

Di bawah ini saya selitkan dengan sebuah artikel yg ditulis oleh bekas mufti negeri perlis,Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yg sedikit sebnyak boleh membntu kita semua dalam mencari jalan yg terbaik untuk mendekati ALAH walau diri ini penuh dengan dosa2...


MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.