BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Hasibu anfusakum qobla an tuhasabu"

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan: Apakah Boleh Solat Witir 3 Rakaat Satu Salam?

Kebiasaan yang dilihat ataupun yang dilakukan oleh kia ialah melakukan solat Witir 3 rakaat dengan dua salam. iaitu 2 rakaat dan satu rakaat. Panel Feqh al-ahkam.net pernah ditanya tentang solat Witir 3 rakaat 1 salam. Bolehkah? Atau bagaimana?

Ustaz al-Jawhar menjawab: 
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat. Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra : (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)



Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.


Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).


Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib. (HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)


Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)


Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah....WaAllahu A'lam

Friday, November 4, 2011

Kau Tak Tahu Apa Yang Kauminta

Suatu hari, Isa as sedang berjalan di tengah gurun. Beberapa orang pencinta dunia mengikutinya. Mereka meminta Isa, "Katakanlah pada kami mantra apa yang kau pakai untuk menghidupkan orang mati."
Isa menjawab, "Jika kukatakan, kalian akan menyalahgunakan bacaan itu." Mereka bersumpah bahwa bacaan itu akan mereka gunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat. Mereka tetap meminta Isa untuk memberitahukan bacaan itu.
"Kau tak tahu apa yang kauminta," ujar Isa. Tetapi mereka tak mendengarkannya.
Akhirnya Isa memberitahukan bacaan rahasia itu. Tak lama sesudah itu, kelompok orang tersebut menemukan tumpukan tulang belulang di tengah padang pasir. "Mari kita coba, mantra ini berhasil atau tidak," ucap mereka. Bacaan itu pun digumamkan. Keajaiban segera terjadi. Tumpukan tulang itu diliputi kembali oleh darah dan daging, berubah menjadi binatang buas, dan mengoyak-koyakan tubuh orang-orang yang menghidupkannya.

Saturday, October 8, 2011

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara
 dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Monday, August 29, 2011

salam merdeka- raya 1432H/2011M


Saturday, May 21, 2011

HiDaYaH i2 MiLiK ALLAH...

assalamualaikum w.b.t.

ari ini aku tertarik untuk share ngan korang semua dengan satu kisah yg memperlihatkan bagaimana ALLAH menurunkan hidayah kepada hamba2 yg dipilihnya..hanya melaluiNya lah hidayah ini akan sampai kepada kita dan ingatlah hidayah sesekali tidak akan mampu diperoleh seseorang dengan hanya melalui buku bacaan,kitab2 lama,,mahupun dari para alim ulamak...

kisahnya bermula begini... pada zaman dahulu,,terdapat seorang khalifah islam yang memimpin akan sebuah negara..(aku x beberapa nk ingat akan nama khalifah tersebut).Lalu pada suatu hari khalifah tersebut telah mengadakan satu majlis keramaian di istananya dan telah menjemput beberapa orang bangsawan dan orang2 kaya di dalam negeri yang diperintahnya ke majlis tersebut. Pada masa majlis tersebut diadakan....tiba2 datanglah seorang lelaki yang agak miskin dan kelaparan muncul di hadapan istana tersebut lalu meminta kepada khalifah agar dapat memberikan sedikit wang zakat milik negara kepadanya agar membantunya meneruskan hidup dan membeli makanan..khalifah tersebut yg mendengar akan permintaan lelaki miskin itu lantas menyuruhnya menunggu sampai ke petang sehinggalah majlis yang diadakannya itu selesai kerana baginda amat sibuk melayani tetamu2nya yang dihadiri oleh golongan bangsawan dan orang2 kaya tadi...lalu ...tunggu punya tunggu ...sampailah masanya majlis tersebut berakhir..dan ramai hadirin telah berangkat pulang...dan lelaki yang miskin itu dengan bebesar hatilah agar permintaan dan janji yang telah dibuat oleh khalifah tadi dapat ditunaikan..sebaik sahaja laki tersebut kmbali dgn khalifah untuk mendapatkan haknya iaitu wang zakat yang sememangnya diperuntukkan oleh sesebuah negara kepada orang2 miskin...maka khalifah tersebut dengan angkuhnya telah menghalau lelaki tersebut dari istananya dan mengherdiknya kerana menggngu akan majlis yang diadakannya..maka keluarlah laki tersebut dari istana dengan perasaan yang dukacita dan kecewa...kerana setelah menngu lama di istana tiada satu sen pon yang diperolehnya..


maka semasa lelaki itu berjalan setelah keluar dari istana khalifah tersebut..lalu dia telah bertemu dengan seorang yahudi yang telah pon berusia dan berumur..lantas lelaki yahudi itu telah menyapanya dengan bertanya apakah permasalahan dia yang sebenarnya sehingga kelihatan begitu sugul dan lemah ...lalu lelaki tersebut telah bercerita perihal yang sebenar kepada lelaki yahudi itu dgn mnytakn bahawa dia sedang kelaparan kerana sudah tidak makan sejak dua hari yang lalu...setelah mendengar akan cerita dari lelaki yang miskin itu.. maka si lelaki yahudi tersebut berkata kepada lelaki miskin tersebut supaya ambilllah separuh dari hartanya dan belilah makanan..kerana dia pon sudah terlalu tua untuk hidup dengan harta yang dimilikinnya dan sampai masa dia pon akan meninggal dunia...


lalu untuk dijadikan cerita,,,pada malam harinya khalifah yg angkuh tersebut telah pun bermimpi di mana di dalam mimpinya telah menyaksikan bahawa lelaki yahudi tersebut telah dimasukkan kedalam syurga manakala dirinya telah dimasukkan ke dalam neraka...sehinggalah pada malam yang ketiga baginda telah bermimpi untuk mimpi yang serupa tiga kali berturut2...lalu pada keesokkan harinya, khalifah itu tidak berpuas hati dan disuruh agar lelaki yahudi tua itu di cari dan dibawa keistana untuk disoal siasat...maka apabila tiba nya yahudi itu ke dalam istana ....baginda telah pon menceritakn prhal mimpinya kepada lelaki yahudi tua itu dan si lelaki yahudi tua itu telah memberitahu bahawa dia pon ade bermimpi mengenai khalfah di dlaam tidurnya lantas lelaki yahudi tua itu bertanya apakah yang sebenarnya yang telah dimimpikan oleh khalifah...lalu khalifah pon menyatakan bahawa baginda telah bermimpi bahawa lelaki tua itu tlah dmasukkkan kedalam syurga manakala dirinya telah dihumban ke dlam neraka....lantaran mendengar ape yang telah dimimpikan oleh baginda khalifah tersebut maka terungkaplah dari mulut lelaki yahudi dengan kalimah " AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"...lalu khalifah yang masih kehairanna dengan sikap lelaki yahudi tersebut telah bertanya apakah rahsia yang telah diamalkan oleh lelaki yahudi tersebut sehingga membawa kepada mimpi yang menyaksikan diri lelaki yahudi tersebut telah dijanjikan dalam mimpinya yang dia akan dimasukkan ke dalam syurga walahal dirinya adalah seorang yahudi dan tidak ade membawa kebaikan manakala yang si khalifah ini telah dijanjikan di dalam mimpinya bahawa dirinya akan dihumban ke dlam neraka padahal dier seorang khalifah dan islam....



lalu mendengar persoalan dari khalifah tersebut ....si yahudi tua itu lantas tersenyum lalu mengatakan memang benar dirinya pada sebelum ini adalah bukan dari golongan islam tetapi tidak semestinya dia tidak boleh melakukan kebaikan..lalu lelak yahudi itu telah menceritakan perihal lelaki miskin tadi yang telah datang ke istana khalifah tersebut dan meminta agar khalifah tersebut memberi sedikit wang zakat kepadanya dalam meneruskan kehidupannya lebih2 lagi dia dalam kelaparan...tetapi telah dihalau oleh khalifah...dan menceritakan dirinya telah berjumpa dengan lelaki miskin tersebut di pertengahan jalan lantas menyedekahkan separuh dari hartanya untuk lelaki itu untuk meneruskan kehidupannya dan hilanglkan kelaparannya....jadi di situ membuat kan dirinya telah melakukan sedikit kebaikan jika nak dbandingkan dengan khalifah yang sememangya bertanggungjawab penuh ke atas rakyatnya yang miskin dengan memberikan wang zakat kepadanya tetapi baginda telah bertindak sebaliknya malah telah bersikap angkuh dengan mengherdiknya lelaki miskin tersebut.....begitulah ceritanya.....................................



di sini saya ingin mengulaskan sedikit sebanyak mngnai crita diaatas lebih2 lagi berkaitan keislaman lelaki yahudi tersebut...dalam cerita tersebut sememangya x disangkakn bhwa seorang yahudi boleh memasuki syurga ALLAH walhal dier adalah seorang yahudi dan termaklumlah belum lagi menerima hidayah ALLAH dan memasuki agama islam...tetapi ape yang menariknya berkaitan cerita yang cube saya sampaikan adalah mesejnye di mana cara yahudi itu menerima hidayah dari ALLAH setelah mendegar perihal mimpi dari khalifah tadi yang menyatakan bahawa diriya akan memasuki Syurga ALLAH...manakala khalifah tersebut akan dihumban ke dalm neraka ALLAH....tiada sapa sangka yang si yahudi tua ini boleh dapat hidayah dari ALLAH dngan cara yang sedemikian ....tapi bagi ALLAH ini adalah caranya kerana tiada siapa yang berhak menghalanginya dari menurunkan hidayahnya kepada hamba2 yang telah dipilihnya ...maka beruntunglah bagi sesiapa yang telah termasuk di kalangan orang2 yg terpilih kn????...maka benarlah sebuah hadith qudsi yang telah diturunkan kepada nabi kita nabi muhammad s.a.w yang berbunyi "ya muhammad ...jika aku ingin mengislamkan kesemua penduduk di langit dan di bumi ...maka akan ku islam kan ...dan jika ingin kafirkan kesemuanya akan kafirkan kesemuanya" dan ingatlah bahawa kite hidup di dunia ini hanyalah atas ihsan dan rahmat dari ALLAH taala..dan tiada siapa yang berupaya dapat hidup di atas bumi melainkan ihsan darinya..malah tidak diterima ibadat seharian yang kita buat sebagai syarat untuk memasuki syurga ALLAH melainkan atas rahmatnya......




















~wallahuaa'lam wailmuhuattam~