BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Hasibu anfusakum qobla an tuhasabu"

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan: Apakah Boleh Solat Witir 3 Rakaat Satu Salam?

Kebiasaan yang dilihat ataupun yang dilakukan oleh kia ialah melakukan solat Witir 3 rakaat dengan dua salam. iaitu 2 rakaat dan satu rakaat. Panel Feqh al-ahkam.net pernah ditanya tentang solat Witir 3 rakaat 1 salam. Bolehkah? Atau bagaimana?

Ustaz al-Jawhar menjawab: 
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat. Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra : (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)



Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.


Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).


Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib. (HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)


Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)


Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah....WaAllahu A'lam

0 comments: